Marina Mahathir Salahkan Islamisasi Tanpa Bukti

Featured Statements

Kenyataan Marina Mahathir bahawa Malaysia akan berada di ambang kemerosotan jika Islam menjadi teras utama adalah satu pandangan yang sempit dan tertutup. Pandangan ini seolah menutup bukti sejarah yang menunjukkan tamadun islam yang berpegangteguh kepada ajaran islam antara tamadun terangung peradaban manusia.

Ciptaan alat kiraan paras air banjir oleh Ibn Kathir; Canon of Medicine (kanun at-Tibb), buku rujukan ilmu perubatan yang digunapakai sehingga kini oleh Ibnu Sina; algebra (al-Jabr: penyempurnaan) yang dicipta oleh al-Khawarizmi; penemuan sistem kornea mata oleh Ibn Haitham dan Astrolab alat inklinometer yang digunapakai ahli astronomi yang dicipta oleh Mariam al-Ijliya al-Astrulabi.

Nama-nama besar ini adalah sedikit dari sebilangan besar tokoh ilmuwan islam yang memberi sumbangan besar dalam perkembangan tamadun keilmuan dunia. Namun, hari ini, kita lebih mengenali tokoh ilmuwan barat berbanding mereka. Kita dimomokkan bahawa segala ilmu dan kehebatan peradaban manusia berasal dari barat.

Sejarah juga telah membuktikan, pegangan teguh kepada Islam sebagai teras utama sesebuah negara bukan hanya mampu menjadikan negara itu maju, malah mampu melahirkan masyarakat yang berfikiran jauh kedepan dan mempunyai akhlaq yang mantap. Tamadun Islam juga berjaya membuktikan bahawa kemajuan inovasi dan ilmu mampu diringi dengan kemajuan akhlaq dan etika, yang mana gagal dilaksanakan mana-mana tamadun sehingga sekarang. Seperti contoh, penggunaan janin bayi bagi ujikaji sains yang dibuat baru-baru ini. Tamadun Islam juga menjadi bukti bahawa wanita mampu dijulang sebagai tokoh cendiakawan ketika dunia hanya memandang mereka sebelah mata, seperti Rufaidah binti Saad, pengamal perubatan wanita pertama dunia dan Aisyah binti Abu Bakr, rujukan para tabiin.

Jika politik dijadikan alasan bahawa kita akan mundur dengan Islam, perlu jelas bahawa Islam memberi kebebasan yang luas bagi kita menggubal undang-undang yang bakal menentukan gaya hidup kita. Hanya dengan syarat ia tidak membelakangi dan melanggar syarak Islam itu sendiri.

Kembali kepada kenyataan terbabit, menggunakan garis ukur apakah beliau menjustifikasikan bahawa dengan berpegangteguh dengan Islam, atau menjadikan Islam sebagai teras negara, sesebuah negara itu akan mundur dan ketinggalan. Adakah dengan berdasarkan pemerhatian dan kajian terhadap masyarakat Islam sekarang yang jauh dari penafsiran Islam yg hakiki? Atau mungkin dengan hanya melihat isu kerosakan masyarakat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan Islam yang sebenar?

Islam adalah agama yang meraikan budaya keilmuan dan kemajuan peradaban manusia. Malah dunia kini sudah mula menyedari kelebihan mengikuti garis panduan yg diberikan Islam yang mampu menghentikan pelbagai kerosakan masyarakat. Seperti kembalinya dunia kewangan kepada sistem kewangan Islam bagi menghapuskan sistem kapitalis yang berat sebelah. Malah Malaysia yang dikatakan mempunyai dasar yang ‘terislamisasi’ mampu membuktikan bahawa kita mampu maju dengan Islam. Seperti contoh kita dipuji kerana mampu merapatkan jurang antara jantina di dalam laporan Millenium Development Goals 2015 (MDG) oleh PBB. Malah Malaysia juga berjaya menaiki 2 anak tangga dalam rekod merapatkan jurang antara jantina dunia dari tangga 106 pada tahun 2014 ke tangga 104 pada 2017 seperti direkodkan dalam laporan Global Gender Gap 2017 oleh World Economic Forum. Dalam tempoh itu, jurang antara jantina dalam kemasukan pembelajaran di semua peringkat telah berjaya dihapuskan.

Kita sering menyatakan amatlah tidak adil bagi sesorang ibu dihukum dan dicemuh disebabkan kesalahan anaknya. Begitu jugalah tidak adil bagi kita menghukum Islam sebagai agama yang memundurkan berdasarkan perbuatan umatnya yang salah. Perkara ini menjadi salah satu sebab yang menguatkan perlunya masyarakat Islam, negara ini khususnya, mendalami erti Islam yang sebenar dan bukan berdasarkan manefestasi barat. Malah kefahaman erti Islam yang sebenar mampu mengelakkan kita dari tergolong dalam golongan yang sesat.

Seperti firman Allah yang bermaksudnya: “Dan tidak harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu perkara untuk mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan RAsul-NYa, sesungguhnya bahawa ia telah benar-benar sesat.” (al-Ahzab: 36)

Farzanah Selamat
Exco Hubungan Antarabangsa
WAFIQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *