Mempertikai Kuasa Mahkamah Syariah

Dr Sanusi's Article

Setelah insiden kritikan beramai-ramai terhadap tindakan Mahkamah Syariah yang melaksanakan hukuman sebat ke atas lesbian, kini dua buah pertubuhan liberal mengeluarkan kenyataan terbuka meminta pihak berautoriti untuk mengkaji semula kuasa Mahkamah Syariah. Gabungan Kumpulan Bertindak untuk Kesaksamaan Gender (JAG) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi mengesa hukuman sebat dan bentuk lain yang mendera dihentikan atas semua kesalahan.

Pada masa sama, ahli Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Honey Tan, mendesak supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda atau dimansuhkan, kerana katanya, jika Parlimen boleh meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah maka Parlimen juga boleh mengurangkannya. Lihatlah bagaimana satu persatu elemen kuasa melibatkan umat Islam mula dipertikai. Benarlah kata Rasulullah, akhir zaman nanti umat Islam akan ditekan. Sahabat bertanya, apakah kerana umat Islam itu sedikit? Rasulullah menjawab: Bahkan Muslim pada ketika itu ramai, tetapi mereka seperti buih dilautan yang hanyut ditolak ke sana ke mari.

Apakah punca perkara ini berlaku? Tanya sahabat. Rasulullah menjelaskan bahawa ketika itu umat Islam ditimpa penyakit wahn. Penyakit cintakan dunia. Mereka tidak mempertahankan Islam kerana mencintai dunia.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah WAFIQ
Pensyarah Fakulti Quran & Hadith
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Rujukan: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/95188

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *