Diskriminasi Wanita Bertudung – Usaha WAFIQ Menampakkan Penyelesaian

Featured

8/1/2018

Pertama kali wakil WAFIQ berjumpa dengan pekerja- pekerja hotel Muslimah yang tidak dapat bertudung kerana polisi hotel. WAFIQ bersama MACSA segera membawa isu ini ke media.

Sedari itu, WAFIQ telah mengeluarkan banyak kenyataan di media bagi menyuarakan kerisauan terhadap isu. Antaranya:

i) https://m.malaysiakini.com/letters/401651

ii) http://wafiq.my/2018/01/09/religious-discrimination-banning-of-hijab-among-hotel-employees/

iii) https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/11/13/hijab-ban-is-not-international-policy/

25/01/2018

WAFIQ mewakili MACSA terlibat dalam sidang akhbar bersama UNI-MLC dan PPIM menggesa kerajaan agar segera menangani isu ini.

16/03/2018 

MACSA bertemu dengan Suhakam dan turut mengutarakan isu ini agar Suhakam turut memperjuangkan isu larangan berhijab dengan lebih lantang.

 

 

29/03/2018

MACSA menghantar laporan berhubung hak asasi manusia ke OHCHR, menekankan tentang isu larangan berhijab sebagai satu bentuk diskriminasi agama.

 

24/09/2018

MACSA telah mengadakan pertemuan dengan YB Menteri Agama Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa mengutarakan isu yang sama. MACSA menyokong penuh garis panduan pakaian patuh syariah yang disediakan majikan. Rombongan MACSA turut disertai oleh Puan Hayati, wakil pekerja yang tidak dapat bertudung.

 

8/11/2019

Delegasi MACSA diketuai oleh Tuan Hj Azril Mohd Amin telah menyertai proses UPR ke 3 bagi Malaysia di Geneva. Semasa di sana,  MACSA juga turut bertemu beberapa pihak membincangkan isu larangan bertudung dan Islamofobia di Malaysia.

 

23/01/2019

MACSA telah berjumpa Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia di Putrajaya bagi berunding jalan penyelesaian isu larangan bertudung. Puan Hayati turut hadir. Susulan dari mesyuarat ini,  Putrajaya lebih mengambil serius aduan dari MACSA, dan pihak JTK telah berjumpa dengan majikan dan berbincang.

22/03/2019  (Jumaat 15 Rejab 1440H)

WAFIQ telah dimaklumkan bahawa pihak hotel Puan Hayati, telah bersetuju melaksanakan pemakaian tudung sebagai sebahagian dari pakaian seragam bagi pekerja Muslimah. Kebenaran ini menamatkan polemik larangan bertudung hampir 100 pekerja Muslimah di hotel tersebut.

Dengan perubahan polisi tersebut, selain daripada pekerja-pekerja Muslimah sedia ada dapat berhijab, ia juga memberi peluang pelajar Muslimah berhijab memohon latihan industri ke hotel tersebut.

WAFIQ menyeru kepada mana- mana Muslimah yang masih mengalami diskriminasi bertudung agar membuat aduan sama ada terus ke JTNK atau melalui WAFIQ wafiq3108@gmail.com atau MACSA macsa2018@gmail.com.

WAFIQ juga melahirkan penghargaan kepada majikan yang mengubah polisi pemakaian mereka agar hak wanita Muslimah terbela, dan menyeru kepada hotel atau industri yang belum berbuat demikian, agar memberikan hak sewajarnya kepada pekerja mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *