LGBT: Mengapa Iktiraf Kemungkaran?

LGBT Voice of WAFIQ's Advisor

Pada saya pendirian Islam jelas, tiada siapa larang hak pendidikan warga Malaysia. Apakah golongan LGBT ini dilarang ke sekolah? Yang kita tegaskan adalah larangan pengiktirafan mereka melakukan amalan terlarang secara terang-terangan. Pemahaman tentang larangan melakukan perbuatan LGBT ini turut disokong dengan tindakan Rasulullah ﷺ. Berhubung perlakukan LGBT ini, Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. (HR Ahmad)

Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini.

  • Malah para Sahabat yang rapat dengan Rasulullah turut berfahaman bahawa LGBT ini adalah perlakuan yang terlarang. al-Imam al-Syaukani dan al-Baihaqi meriwayatkan hukuman keras yang dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidhin terhadap mereka yang mengamalkan hubung seperti LGBT ini.
  • Menurut al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang tidak sihat. Malah perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram.)
  • Rasulullah, para sahabat dan sarjana Islam terdahulu sehinggalah kini berpandangan bahawa konsep hubungan sejenis ini adalah sesuatu yang dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadith. Amat menghairankan apabila datang pemikir liberal melayu memberikan penafsiran semula terhadap ayat al-Quran dan hadith dan menghasilkan pemikiran yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah WAFIQ
Pensyarah Fakulti Quran & Hadith
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *