Status Minuman Zero -Alkohol Keluaran Syarikat Arak

Hadith & Islamic Research Statements

Oleh: Bilal Jailani (FB: Bilal Jailani)

1. Biasanya, minuman alkohol-sifar keluaran syarikat arak ada dua kemungkinan; samada memang diproses tanpa alkohol, atau asalnya beralkohol, lalu disuling alkoholnya hingga minuman itu sifar alkohol.

2. Jika asalnya beralkohol lalu disuling, minuman ini tetap haram, kerana berstatus najis. Najis tidak dapat disucikan melalui proses penyulingan semata.

3. Jika memang minuman ini diproses tanpa alkohol dari awal, minuman ini sama seperti minuman halal lain. Cuma, jika ia dihasilkan dari premis yang turut memproses arak, risiko cross contamination (pencemaran silang) amat tinggi. Hal ini sama macam kita buat roti canai dalam tandas, di mana risiko pencemaran dengan najis amat tinggi. Bukankah arak itu najis?

4. Seperkara lagi yang menarik untuk diperhatikan adalah fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) Nomor 4 Tahun 2003. Menurut pautan http://mui.or.id/…/uploads/files/fatwa/Standarisasi-Fatwa-H… ,

“Tidak boleh mengkonsumsi dan menggunakan makanan/minuman yang menimbulkan rasa/aroma (flavor) benda-benda atau binatang yang diharamkan, seperti mie instan rasa babi, bacon flavour, dll.”

5. Fatwa MUI ini melarang kita meminum sesuatu yang menyerupai rasa arak, walaupun ia tidak memabukkan. Justeru, berdasarkan prinsip yang sama, difahami fatwa ini melarang kita mengkonsumsi produk yang menyerupai packaging produk arak, walaupun produknya bukan arak. Fatwa MUI ini agak terkehadapan dan berani.

6. Fatwa Malaysia yang paling hampir dalam isu ini adalah pandangan Mufti WP di sini: https://muftiwp.gov.my/…/1109-bayan-linnas-siri-ke-73-penam…

“tidak diharuskan memberi nama makanan atau minuman yang halal dengan menggunakan nama yang haram yang telah terkenal di sisi orang-orang bukan Islam ataupun golongan fasiq.”

“Hendaklah kita menjauhkan dari sebarang unsur tasyabbuh kerana ia memberi mudharat dan kekeliruan kepada masyara’at awam.”

7. Kesimpulannya, minuman alkohol sifar yang menyerupai arak ini perlu dijauhi umat Islam. Elakkan daripada mempromosinya, kerana ia turut mempromosi jenama arak.

8. Surah Al-Maidah ayat 90 bukan sahaja melarang kita minum arak, tetapi menyuruh kita menjauhi arak dari semua sudut, iaitu apa-apa supply chain (rantaian bekalan) arak. Demikianlah komprehensifnya perkataan Tuhan ‘Jauhilah Arak’ itu.

#halal #hdc #jakim #arak #khamr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *