Mengapa Kita Sangat Berhati-hati dengan Akta Kesamarataan Gender?

Statements

Hari ini USA meraikan Akta Kesamarataan (Equality Act) dan perkara pertama yang mereka raikan ialah untuk “eligibility” (disengajakan salah ejaan).

Ketika saya dijemput mewakili WAFIQ / USIM memberi pandangan tentang Akta Kesamarataan Gender di bengkel-bengkel dan mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Wanita, saya selalu menolak pandangan dan kertas kerja yang dibawa oleh kumpulan wanita pro-feminist yang ingin meniru bulat-bulat semua artikel dari satu konvensyen wanita dipanggil CEDAW.

Hari Wanita yang bakal berlangsung pada 9 Mac ini, pastinya akan berkumandang gesaan, bila Malaysia akan melaksanakan “Gender Equality Act” ? Ada berbagai masalah dalam Akta Kesamarataan, apatah lagi Akta Kesamarataan Gender (GEA), antara lain:

Takrifan Gender

Di Malaysia kita masih menggunakan seks biologi iaitu lelaki dan perempuan dalam pelbagai urusan. Kumpulan feminis pro GEA berkempen kita kena guna gender kerana ikut perkembangan zaman dan kerana Gender mengikut “social construct”. Jika masyarakat bersetuju ada Gender ke tiga, ke empat seperti – transgender (transman, transwoman), gender fluidity (boleh sekejap lelaki, sekejap perempuan), non-binary/ (tidak lelaki dan tidak perempuan) dan queer (yang pelik, selain dari yang atas) maka kita kena meraikannya.

Ini yang menimbulkan masalah kerana “biological sex” mempunyai bukti dan sokongan jelas hitam putih dari sudut Sains untuk pengenalan tetapi “gender by social construct” hanya perlu “self-declared” dan kehendak peribadi. Takkan kita hanya perlu mengikuti kehendak peribadi yang disahkan hanya dari pengakuan sendiri, ibu, ayah, saudara-mara dan rakan- rakan?Bukankah kacau bilau nanti dalam pelbagai urusan kehidupan?

Polisi Jabatan Pendaftaran Negara kita sangat berhati-hati dalam hal ini. Melainkan kes khunsa yang telah diputuskan dari segi perubatan dan syarak (bagi orang Islam) ada maslahah kesihatan, barulah JPN boleh mengubah identiti jantina. Saya masih ingat, wakil Malaysia ke Geneva dalam tahun 2018 pernah menyatakan bahawa Malaysia telah menunjukkan sifat progresif apabila berjaya memasukkan perkataan Gender dalam artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (dipinda tahun 2001). Sehingga sekarang saya bertanya, di mana progresifnya kita dengan pertukaran istilah tersebut?

Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu :Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina…..Artikel yang sama dalam Bahasa Inggeris :Article 8(2) states that except as expressly authorised by the Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender…..

Hanya takrifan dalam BM yang mengikat kita kukuh kepada jantina berasaskan Biological Sex yang selari dengan Sains dan pandangan agama.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden
International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *