Dapatan yang dilaporkan akhbar The Star bertajuk “Number of young Malaysians having sex has doubled since 2016, survey finds” bertarikh 10 Ogos 2022 adalah dirujuk.
Pastilah statistik ini turut melibatkan anak orang Islam, maka amat malanglah sekali kerana itu adalah bukti agama dikebelakangkan. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan 100% terhadap anak antara usia 18-30 tahun ini. Ibu bapa perlu tarik mereka kepada agama sepanjang masa. Sebab itu Islam memberi panduan mengenai peringkat usia anak-anak dan bentuk pendidikan kepada mereka. Melentur buluh sememangnya dari rebung. Inilah jadinya jika hak dan kebebasan diagung-agungkan, dimomokkan dengan ungkapan bahawa ‘human rights is the new religion‘.
Lalu Islam dilihat keras dan menyekat, walhal Islamlah agama yang penuh dengan nasihat dan panduan. Umatnya disarankan agar sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Prinsip amar makruf nahi mungkar dituduh menjaga tepi kain orang dan mengganggu privasi apabila nak buat maksiat.
Bukti bahawa Islam menekankan pencegahan dan peringatan selaras dengan mantra kesihatan awam iaitu Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati adalah:
A) Al-Quran dan Sunnah
- Jangan dekati zina sebab ia adalah kejahatan yang dahsyat.
- Dah larang, tak dengar, buat juga, boleh didakwa dan jika sabit kena hukum sebat 100 kali kedua-dua penzina tanpa belas kasihan.
- Jangan berdua-duaan dengan perempuan kerana yang ketiganya adalah syaitan – “Ketahuilah bahawa tidaklah seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” Hadis Riwayat al-Tirmizi (2165)
(B) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah:
- Kesalahan Khalwat/bersekedudukan – tapi dituduh pula mengganggu privasi.
- Kesalahan berkelakuan tidak sopan (dari segi pakaian dan tingkahlaku) – dituduhnya menjaga tepi kain orang.
- Kesalahan Hamil luar nikah – dituduhnya hanya target perempuan, lelaki terlepas.
- Kesalahan persetubuhan luar nikah.
- Kesalahan mukadimah zina.
Bila semua nasihat dan langkah pencegahan tersebut tidak dipeduli, maka timbul lah masalah. Ibarat masalah di kepala yang busuk tidak dirawat, melarat ke ekor. Kena selesaikan masalah di ekor. Kerajaan terpaksa fikir kesan / ‘aftermath’ di ekor:
- Kehamilan tidak diingini
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/11/95805/kecelaruan-sosial-punca-kes-buang-bayi-meningkat - Pembuangan bayi
https://www.sinarharian.com.my/article/21820/berita/nasional/lebih-100-bayi-dibuang-setiap-tahun-di-malaysia - Pendaftaran anak tanpa nama ayah. Bergaduh sampai ke Mahkamah tak mahu anak nama bin Abdullah kerana suami rasmi nama lain atau si bapa mahu anak dibinkan kepadanya walau menyedari anak itu luar nikah.
“Anak luar nikah tidak boleh letak bin bapa” https://www.malaysiakini.com/news/510697 - Nafkah tanggungjawab siapa kepada anak luar nikah?
- Pewarisan dan pusaka siapa?
- Identiti dan mandiri bila dewasa
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-sah-taraf-masa-depan-anak-diragut-266368
Penyelesaian di ekor, bukan di kepala terbukti membebankan, tinggi kos serta tidak cost-effective.
- Baby hatch – Letak bayi yang tidak dikehendaki, tetapi perlu dijaga dan dicari penjaganya. Di negara luar yang memulakan inisiatif baby hatch, bayi dihantar ke baby hatch/baby bin/door of hope/babykallpe sebab ibu tidak mampu menjaga kerana kemiskinan, sebagai contoh. Di Malaysia, bayi dibuang sebab lahir luar nikah utuk menutup malu dan mengelak dari dibuang seperti sampah di tandas/tong sampah/perhentian bas. Baby hatch sebagai solusi akhaff al-dararayn.
Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/42457/edisi/utara/baby-hatch-bukan-galak-buang-bayi
- Guna kondom kempen seks selamat. Lari konteks.
- Boleh daftar anak supaya boleh sekolah. Anak tidak berdosa. Dilema berterusan oleh anak-anak ini kerana sentiasa tertanya-tanya siapa bapa biol(ogi)nya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/09/192319/159725-anak-tak-sah-taraf-didaftar-sejak-2013-jpn
Islam hanya perlu diamalkan, diikuti dan diperingati. Kalau tak mampu amal semua, jangan tinggal semua. Nikmatilah hidup selagi mana ia tidak melanggar syariat. Jika semua peringatan ini masih belum cukup, peringatan ultimatum ialah KEMATIAN. Semua akan merasai mati. Jangan ingat orang muda tak mati. Kematian yang sedang menunggu dan semakin menghampiri di persimpangan jalan. Perjalanan kita masih jauh lagi di dunia sebelah sana. Allah Maha Besar.
Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail ialah Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya serta merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MACSA.
(Rencana asal telah diterbitkan di laman sosial Facebook milik Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail pada 11 Ogos 2022)