Seks & Remaja: Statistik Yg Membimbangkan

Islamic Family Law Voice of WAFIQ's Advisor

Institut Kesihatan Umum telah menjalankan kajian terhadap 27,497 pelajar daripada 212 buah sekolah di seluruh negara. Laporan yang dikeluarkan amat membimbangkan. 31.9% daripada pelajar sekolah menengah ini telah mempunyai pengalaman seks (sexual experience) sebelum berusia 14 tahun!

Malah pelajar tingkatan 1 dikatakan mempunyai bilangan teramai dalam percubaan untuk mengadakan hubungan seks iaitu sejumlah 9% daripada jumlah survey ini. Pahang diletakkan sebagai negeri yang merekodkan jumlah tertinggi bagi remaja yang pernah melakukan hubungan seks (9.5%), manakala Kuala Lumpur mencatatkan bilangan terendah (4.3%). Dapatan ini juga menunjukkan sebanyak 16.6% peratus daripada remaja ini pernah mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang.

Laporan ini mengingatkan kita bagaimana fenomena zina dan kebejatan sosial yang pernah dilalui di zaman Jahiliah berjaya diubah oleh Rasulullah setelah datangnya Islam. Segalanya bermula dari rumah. Penekanan aspek memelihara kesucian diri mesti diterapkan oleh ibubapa sendiri. Dalam membendung isu ini, al-Quran menekankan aspek bagaimana setiap individu harus mengawal diri dan nafsu dengan dengan saranan menundukkan pandangan dan berpakaian menutup aurat. Allah mendatangkan contoh bagaimana Nabi Yusuf yang mengawal nafsunya ketika diuji dengan perempuan.

Hadith pula menggalakkan aspek mengawal nafsu dengan berpuasa serta memilih kawan yang baik. Kita semua maklum bahawa dalam tempoh inilah golongan remaja mempunyai keinginan yang tinggi. Penceritaan kisah-kisah sahabat yang baik juga barangkali membantu dalam membina kerangka pemikiran remaja yang boleh mengawal nafsunya. Sebahagian kita mengambil pendekatan kahwin dalam usia yang muda. Atas dasar itulah barangkali larangan terhadap perkahwinan muda seharusnya tidak dilaksanakan ini. Ini adalah kerana, terdapat sebahagian ibubapa yang merasakan pendekatan kahwin muda ini adalah yang terbaik buat mereka.

Manakala sebahagian pemikir liberal mencadangkan promosi safe sex atau edaran kondom percuma bagi mengawal kelahiran luar nikah atau fenomena buang bayi dalam masyarakat hari ini. Saya sangat tidak bersetuju dengan pendekatan ini. Apapun, setiap kita berperanan dalam membantu membina masyarakat yang lebih baik dan diredai Allah.

Moga Allah membimbing umat ini ke jalan yang diredainnya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah WAFIQ
Pensyarah Fakulti Quran & Hadith
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *