Pandangan Muhajirah WAFIQ terhadap golongan transgender melampau

Statements

Mutakhir ini, dunia LGBT ‘kecoh’ memperkatakan tentang kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberi kuasa penuh kepada JAWI untuk menangkap komuniti transgender. Menurut Menteri, tangkapan itu bukan bertujuan untuk menghukum tetapi ia lebih kepada TARBIAH YANG BERHIKMAH mengikut SOP yang sudah ditetapkan.

Oleh itu, kami ingin mengulas isu ini secara mudah :

1. Jika dilihat, kenyataan Menteri tersebut lebih bersifat umum, tetapi telah menimbulkan kegusaran kepada komuniti pro LGBTQ yang terlibat. Terutamanya kepada kelompok yang tidak menonjolkan diri.

2. Sepanjang mengenali Datuk Seri Dr. Zulkifli, beliau tidak pernah mengasari golongan LGBTQ malah menyantuni mereka dengan baik. Kata-kata beliau penuh berhikmah, tetapi kali ini beliau mengeluarkan arahan yang berbunyi agak keras.

Kami faham arahan itu terpaksa dikeluarkan dek kerana tindakan segelintir komuniti transgender yang semakin berani bertindak di luar batasan.

Jika dahulu Jabatan agama hanya memberkas mereka yang berada di lorong tapi hari ini kebiadapan golongan maknyah selebriti ini telah mencabar pihak agamawan dan masyarakat umum. Ini memaksa kementerian untuk bertindak tegas untuk menyekat penularan golongan
yang ‘gilakan perhatian’ ini.

3. Bila penguatkuasaan mula dilaksanakan, mereka ‘mengugut’ untuk menukar agama dan mempersoalkan tentang hak asasi manusia.

Agama dipersenda dan agamawan dicabar sekali lagi. Kerajaan dituduh mendiskriminasi kewujudan mereka. Walhal kesalahan berpunca daripada diri sendiri, tetapi mereka tetap nak menuding jari.

4. Kami yang berada dalam komuniti ini turut merasa resah dengan fenomena hari ini. Menayang tubuh dan menari dengan penuh ghairah, bercerita tentang fungsi kemaluan palsu dan bercerita mengenai pembedahan plastik kepada umum tanpa rasa malu semata-mata untuk meraih populariti dan melariskan jualan produk masing-masing.

Di manakah maruah diri? Perbuatan mereka ini sebenarnya tanpa disedari telah menarik perhatian anak-anak muda atau lebih dikenali sebagai BBNU (Budak Baru Nak Up) untuk mengikut jejak langkah mereka.

Seterusnya menjadikan perbuatan ini sebagai satu normalisasi yang akan merosakkan aqidah dan akhlak ummah. Kesian anak-anak kita, mereka jadi keliru.

Benarlah kata Rasulullah SAW “umat yang paling teruk diuji adalah umat yang berada di akhir zaman”.

5. Oleh itu kami di Muhajirah WAFIQ ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan:

a. supaya Menteri memberikan satu garis panduan yang jelas tentang golongan yang akan dikenakan tindakanundang-undang,
b. Aktivis LGBTQ menegur dan mengambil tindakan terhadap golongan transgender yang melampau ini,
c. Tindakan diambil terhadap semua pengusaha kosmetik yang menayangkan aset tubuh mereka di dalam media sosial untuk tujuan promosi perniagaan.

6. Kami percaya tindakan tarbiah berhikmah lebih sesuai dalam mendekati golongan ini. Selaras dengan apa yang diamalkan oleh USRAH IQRAK DAN MUHAJIRAH WAFIQ di dalam menyantuni golongan LGBTQ.

Jazakallahu khair.

Cik Ryn Rasidi
Exco Muhajirah WAFIQ & Usrah Iqrak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *