Isu graduan tempatan dan pelajar Denmark, editor FMT tak bertanggungjawab

Education

PAGI ini (19 Januari 2017) portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita:

Local grads only as good as Danish high school dropouts.

atau

Graduan tempatan hanya setaraf dengan pelajar sekolah menengah Denmark yang keciciran.

Saya tidak sempat membaca dengan lebih teliti kerana ada tugasan mengendalikan peperiksaan di fakulti. Tetapi saya lihat sudah ramai ahli akademia memperkatakannya, ada dengan nada kecewa dan ada yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan pihak-pihak lain kerana mereka mengatakan kajian telah membuktikannya.

Selesai tugas, di sebelah petang baru saya sempat meneliti. Saya membandingkan laporan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu daripada portal yang sama. Ini fakta sebenar:

1. PROFESSOR LANT PRITCHETT- Citing a recent research on literacy among Indonesian students, which among others found their level to be similar to junior high school dropouts in Denmark, Harvard professor Lant Pritchett said he feared the same could be true with Malaysia if its schools failed to prepare students for university-level education.

2. PROF MICHAEL WOOLCOCK – is the one who conducted the 18 months study and gave a fair contructional views.

Ada 2 professor. Professor pertama, Prof Lant Pritchett memetik kajian literasi/celikhuruf di Indonesia yang membandingkan PELAJAR SEKOLAH di Indonesia (bukan graduan pun) yang dikatakan sama dengan pelajar Denmark tercicir. Dia kemudian memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menuju ke arah yang sama jika sekolah tidak mempersiapkan para pelajar untuk ke menara gading.

Lantas dari manakah FMT membuat kesimpulan daripada kata-kata beliau ini dengan “declare” bahawa GRADUAN MALAYSIA ADALAH SETARAF DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN?

Surat khabar atau portal apakah yang merasa bangga memutarbelitkan kenyataan ke arah “demoralising their own citizens based on totally wrong conclusion” dengan “headlines” sebegitu rupa?

Tajuk berita FMT yang diputar belit daripada kenyataan asal.

Saya bukanlah seorang yang menolak teguran untuk penambahbaikan. Bahkan saya mengambil maklum laporan Professor kedua, Prof Michael Woolcock yang antaranya menyatakan dalam kajian 18 bulannya di Malaysia :

—————————————-

Sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.

“Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil,” kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.

Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.

“Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi,” katanya kepada FMT.

“Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang.”

Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.

————————————–

TIDAK ADA SATU KOMPONEN PUN DALAM KAJIAN PROF MICHAEL YANG MEMBANDINGKAN GRADUAN KITA DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN.

Saya percaya graduan kita mempunyai ruang yang banyak untuk memajukan diri sendiri, dan ramai yang telah membuktikannya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Namun secara semberono melihat dan menganggap mereka setaraf dengan pelajar sekolah menengah negara maju yang tercicir, adalah pandangan yang sangat berniat jahat oleh mereka yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan moral anak bangsa. Apatah lagi dasar dan falsafah pendidikan kita berbeza. Bukan semua pelajar kita mampu ke universiti tetapi kerajaan tetap menyediakan pusat-pusat pembelajaran lain seperti institut latihan, institut kemahiran, politeknik dengan bantuan pembiayaan agar anak muda kita tetap mempunyai peluang memperoleh skill berguna walaupun tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi.

Tajuk berita yang telah diubah oleh editor FMT.

Petang ini sama ada FMT baru menyedari kualiti teruk editor yang menyediakan tajuk, atau mereka ditegur secara langsung oleh pihak kementerian, atau agaknya ditegur langsung oleh profesor-profesor tersebut kerana jauh benar isi dengan tajuk, FMT TELAH MENGUBAH TAJUK MEREKA. Begitulah perangai portal bebas kita!!

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita Isma

Makluman: Editor FMT telah memohon maaf atas kesilapan melaporkan berita berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *