Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Sembang Lucah Dengan Kanak-Kanak

Viewpoints

Setelah laporan polis dibuat oleh Presiden WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, diikuti ahli-ahli organisasi masyarakat sivil dan individu perseorangan termasuk seorang suri rumah, dua orang transgender ditahan reman selama 3 hari oleh PDRM bagi membantu siasatan polis untuk kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-​Kanak 2017 [Akta 792] dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Saya senaraikan dahulu antara tuduhan yang boleh dikenakan beserta hukuman yang bakal dijatuhkan di bawah Akta 792 sekiranya orang kena tuduh (OKT) tersebut didapati bersalah.

Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak (Sexual Communication)

Seksyen 11(1):  Mana-mana orang yang berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak atau mengalakkan seseorang kanak-kanak berkomunikasi secara seksual (melalui apa-apa cara) apabila disabit, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun.

Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming)

Seksyen 12(1): Mana-mana orang yang berkomunikasi melalui apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk kesalahan di bawah antara lain, Seksyen 14 atau 15 apabila disabitkan, dihukum pemenjaraan selama tempoh tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Amang Seksual Fizikal atas Kanak-Kanak (Physical Sexual Harassment)

Seksyen 14(c): Mana-mana orang, yang bagi maksud seksual membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri, melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan

Amang Seksual Bukan Fizikal atas Kanak-Kanak (Non-Physical Sexual Harassment)

Mana-mana orang yang:

Seksyen 15(a)(i) : bagi maksud seksual, mengatakan apa-apa atau buat bunyi/gerak isyarat atau mana-mana bahagian badannya dilihat oleh seseorang kanak-kanak;

Seksyen 15(c) : melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak;

Seksyen 15(e) : menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual/audio mengenai orang itu atau orang lain yang melakukan aktiviti bersifat seksual, atau

Seksyen 15(f) : membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti bersifat seksual,

….boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Penggunaan kata “mana-mana orang” dalam peruntukan di atas menunjukkan undang-undang kita bersifat adil dan tidak sewenangnya digubal bagi menyerang kelompok pengamal LGBTQ bagi apa-apa kesalahan seksual. Jadi jangan kata individu celaru jantina dan orientasi seksual sengaja diburu polis bagi ‘menunaikan agenda negara anti-LGBTQ’. Hal ini sebaliknya bagi menyekat mana-mana perbuatan tidak bermoral secara komprehensif tanpa mengira latar-belakang jantina si pelaku.

Perbuatan mengantun (grooming) secara seksual adalah satu taktik mudah dan licik bagi mengumpan kanak-kanak yang belum mempunyai kapasiti untuk berfikiran matang seperti orang dewasa. Jadi bila orang dewasa yang sepatutnya melindungi kanak-kanak menyalahgunakan akal serta tubuh badan yang diberikan asli oleh Tuhan (atau palsu oleh pakar bedah), maka elok benarlah hukuman berat diberikan bagi memutuskan rantaian trauma/derita/”self hate” yang bakal dialami oleh mangsa kanak-kanak dan semua, secara amnya.

Peruntukan penjara yang cukup lama serta sebatan sama seperti hukuman kesalahan Rogol dalam Kanun Keseksaan adalah indikasi bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak itu suatu jenayah yang berat lagi menggerunkan. Mohon kita semua cakna dengan undang-undang. Pastikan ahli keluarga serta orang terdekat kita tidak sesekali berkompromi atau bersubahat dengan perkara di atas.

Rujukan:

1) https://www.utusan.com.my/…/usahawan-kosmetik-ditahan…/ 2) https://www.kosmo.com.my/…/safiey-ilias-sudah…/yan 3) https://www.sinarharian.com.my/…/Suri-rumah-buat…

Nur Farihah Meor Mazli
Exco Belia & Media
International Women’s Alliance for Family and Quality Education
WAFIQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *