20 Jun 2025
๐
๐๐ญ๐ฐ๐ ๐๐๐ค๐๐ฅ: ๐
๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ซ๐๐ฅ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง๐
WAFIQ merujuk kepada beberapa contoh yang menegaskan bahawa Sisters in Islam (SIS) atau SIS Forum (Malaysia) Berhad telah menyebarkan fahaman liberalisme dan feminisme yang menyeleweng di Malaysia, sejak penubuhannya.
Antaranya:
-
SIS cenderung mengenepikan hadis dan tafsiran ulama muktabar dalam menentukan kewajipan berhijab.
-
Menolak penguatkuasaan moral (amar maโruf nahi mungkar). SIS menyokong hak individu untuk berpakaian serta bergaul tanpa kawalan pihak berkuasa agama. SIS membantah pendirian JAWI terhadap gejala sosial seperti berpakaian tidak sopan dan meminum arak.
-
Mempersoalkan hukum syarak dan poligami. SIS mempertikaikan status lelaki sebagai pemimpin keluarga berdasarkan Surah An-Nisaโ, mempersoal kewajipan menutup aurat dan menolak hukum hudud.
-
Mengkritik dan memperlekeh fatwa serta institusi agama. SIS mencabar fatwa Selangor (2014) yang mengharamkan fahaman liberalisme dan pluralisme, termasuk fatwa-fatwa lain berkaitan aurat wanita dan amalan khitan di Malaysia.
๐๐๐๐๐ฌ๐๐ก๐๐ง ๐
๐๐ญ๐ฐ๐ & ๐๐๐ฐ๐๐ฃ๐ข๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฎ๐๐๐ญ
Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun 2025 jelas mengekalkan kedudukan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor yang mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan fatwa berkenaan agama Islam.
Oleh itu, fatwa berkenaan liberalisme dan pluralisme agama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu adalah masih terpakai kepada individu-individu yang bernaung di bawah SIS kerana Mahkamah Persekutuan secara tegas menyatakan bahawa kebertanggungjawaban atas apa-apa pelanggaran fatwa tersebut adalah sedia terletak di bahu individu-individu yang menggerakkan syarikat, pertubuhan atau institusi tersebut.
Oleh yang demikian, individu-individu yang selama ini mengerakkan SIS termasuk Pengarah Syarikat mahupun ahli organisasi tersebut yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama perlu segera bertaubat dan kembali ke jalan Islam.
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ฐ๐๐ฆ
WAFIQ menggesa agar masyarakat Muslim sentiasa berwaspada terhadap sebarang terbitan atau kempen SIS yang membawa ideologi liberalisme dan feminisme. Elakkan daripda memberi publisiti atau ruang dalam media dan mana-mana institusi kepada SIS yang masih menyebarkan fahaman bertentangan Syarak. Orang ramai turut diseru untuk menyokong usaha Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Majlis Agama Kerajaan Negeri dalam membanteras penyebaran ajaran sesat dalam negara. Kerajaan pula harus lebih agresif dalam mendokong pihak berkuasa agama dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bertindak menguatkuasakan pelarangan terhadap sebarang penerbitan, forum, atau bahan yang menyimpang dari ajaran Islam.
WAFIQ menegaskan bahawa penyebaran fahaman yang menyeleweng, kononnya atas nama hak wanita atau kesaksamaan jantina, tetap haram dan mesti dibendung agar tidak menimbulkan keruntuhan akidah umat Islam di Malaysia. Kami menuntut tindakan tegas daripada pihak berkuasa demi menjaga kesucian ajaran Islam.
WAFIQ ingin mengingatkan orang ramai bahawa โtaktik kuda Trojanโ ialah modus operandi yang sering digunakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) liberal, yakni mereka bertopengkan usaha yang pada zahirnya murni (contohnya mempertahankan hak wanita) tetapi sengaja dicampur-adukkan dengan kebatilan berkiblatkan Barat yang jelas.
Pada tahun 2025 selepas hampir dua tahun Gaza dibedil, perkara ini sangatlah ketara. Segala laungan tentang hak asasi manusia yang diperjuangkan agensi-agensi Barat kini jelas hanya wayang kulit semata-mata. Feminisme telah lama digunakan sebagai alasan oleh kuasa Barat untuk mengebom dan menakluk negara-negara Islam, dari zaman Cromer di Mesir hinggalah zaman Laura Bush yang menyokong perang di Afghanistan dan Iraq supaya kaum wanita di sana boleh โdibebaskanโ. Akan tetapi apabila kaum wanita di Gaza dibom tanpa henti, mereka semua diam seribu bahasa.
Tambahan pula, masyarakat sosial mereka yang kini telah runtuh (contohnya di San Francisco) menjadi bukti dan juga iktibar kepada ummah sejagat bahawa ideologi feminisme, liberalisme dan semua yang sewaktu dengannya hanya akan membawa kepada kebinasaan.
๐๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ญ๐ข๐ญ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
WAFIQ dengan sukacitanya merafak sembah dan menjunjung titah DYMM Sultan Selangor agar Sisters In Islam tidak lagi menggunakan perkataan Islam di dalam nama syarikat atau entitinya agar tidak memberikan kekeliruan kepada umat Islam di Malaysia khususnya.
Pihak kami juga merasakan ianya adalah satu penghinaan kepada Islam itu sendiri apabila individu yang menganut fahaman yang telah difatwakan sesat dan menyimpang dari agama Islam kekal menganggotai dan berjuang di dalam organisasi yang memakai nama Islam.
WAFIQ menyeru agar SIS dapat akur dan patuh kepada titah DYMM sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor ini amnya.
Rujukan: