KETIKA membentangkan perihal LGBT di Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran JAKIM, JHEAIPP dan Yayasan Ihtimam minggu lepas, saya meneliti data dari Amerika Syarikat mengenai jangkitan HIV. Kadar jangkitan HIV secara keseluruhan menurun.
Walaubagaimanapun, apa yang ketara, trend jangkitan HIV kini menunjukkan 70% adalah daripada mereka yang mengamalkan homoseksualiti dan biseksualiti. Penurunan peratusan kedua-dua kumpulan ini adalah juga rendah dibandingkan dengan mereka yang mengambil dadah secara suntikan dan heteroseksual.
Saya, ketika itu teringatkan data di Malaysia pada tahun 2014 yang menunjukkan heteroseksual adalah penyumbang utama jangkitan HIV berbanding homoseksual. Terdetik di hati, adakah Malaysia akan mempunyai trend yang sama?
Rupa-rupanya telahan saya benar.
Minggu ini Penolong Pengarah bahagian kawalan HIV dan penyakit bawaan seks (STI) cawangan Kuala Lumpur dan Putrajaya, telah pun mendedahkan bahawa di Malaysia, 65% jangkitan HIV adalah kini daripada golongan homoseksualiti dan biseksualiti.
Kadar jangkitan HIV memang telah diketahui tinggi di kalangan golongan gay dan transgender iaitu lebih 5%, namun mereka yang mempertahankan orientasi seks songsang ini seringkali menggunakan hujah peratusan di kalangan pembawa HIV, yang sudah tentu, peratusan bagi heteroseksual adalah tinggi ketika itu kerana heteroseksual adalah majoriti.
Namun kita melihat sekarang, dalam keadaan golongan LGBT adalah minoriti, mereka telah menjadi penyumbang jangkitan HIV tertinggi!!
Dengan itu, demi kebaikan semua, termasuklah pengamal LGBT sendiri, saya menyeru agar berusaha mencari jalan menghindari gaya hidup yang tidak direstui agama ini dan menyalahi fitrah kekeluargaan dan kemanusiaan. Ada pihak-pihak yang sedia membantu. Langkah yang anda perlu yakin :
– hentikan mempercayai bahawa anda dilahirkan sebegitu. Same-sex-attraction (SSA) adalah suatu kemungkinan, tetapi ia tidak perlu pergi lebih daripada itu sehingga mengamalkan liwat.
– ada jalan untuk mengubah orientasi seksual songsang. Ia tidak mudah tetapi anda boleh berubah.
– anda boleh berubah.
– ada pihak-pihak yang boleh membantu.
Bagi pihak kerajaan, perlu ada usaha serius bagi menangani gejala yang salah di sisi agama dan mencetuskan krisis kesihatan ini dengan :
– secara agresif menggiatkan kesedaran akan bahaya LGBT di peringkat sekolah lagi. Remaja kita telah pun bereksperimentasi dengan homoseksualiti kerana menyangka ia selamat dengan penggunaan kondom. Pengetahuan seks sahaja tidak cukup kerana aktiviti seksual berkait rapat dengan nafsu (involuntary reaction) yang lebih efektif ditangani oleh pendekatan agama.
– memantau paparan media yang mempromosi gaya hidup dan perjuangan LGBT sebagai positif dan keterlaluan. Memantau pornografi.
– memantau pertubuhan-pertubuhan hak asasi yang turut memperjuangkan LGBT.
– memberi bantuan kepada NGO-NGO yang memberi bimbingan kepada komuniti LGBT secara holistik.
Tidak dinafikan pihak kerajaan dan Malaysia akan ditekan oleh suara-suara antarabangsa, seperti mana kempen video kesedaran LGBT anjuran KKM pernah ditekan suatu masa dulu. Namun kerajaan harus memikirkan kesejahteraan rakyat dan tidak mengendahkan suara-suara pelobi, yang datangnya dari negara-negara Barat yang telah menunjukkan mereka juga bergelut dengan situasi yang sama, seperti yang saya paparkan di atas.
They don’t have a political will to change it but we DO and we shall not be afraid to have our own strategy to handle the problem.
Rakyat Malaysia pula perlu menggunakan hak mereka sebagai pengguna, dengan memboikot mana-mana syarikat yang menggalakkan atau berkempen menyokong gaya hidup LGBT seperti Pride Parade atau National / International Coming Out Day.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Jika penagih dadah pernah dikuarantinkan di Pulau Duyung suatu masa dahulu, apakah tidak boleh dilakukan begitu utk mereka yg terlibat dgn amalan sex songsang ? Dgn demikian dapat kita kawal perbuatan mereka dan HIV dapat dihindar dari merebak. Laksanakan program2 keagamaan dan moral utk menyedarkan mereka. Sekian dan terima kasih.