Profesor Madya Dr Rafidah Hanim menjelaskan bahawa ideologi LGBT kini bukan lagi mengenai golongan rentan atau diskriminasi kerana ia sudah beralih dan menuntut penglibatan daripada semua pihak.
“Ideologi eligibiliti (LGBT) ini bukan lagi tentang golongan rentan atau diskriminasi.”
Menurut hantaran di Facebook beliau, perubahan ideologi songsang itu adalah ke arah “mendesak toleransi”, “mendesak penerimaan”, “mendesak perayaan” dan sekaligus “mendesak keterlibatan semua” individu ke arah ideologi LGBT itu sendiri.
Halatuju liberal sayap kiri tersebut jika tidak dilakukan, maka “akan dilabel homophobic, transphobic dan pelbagai lagi,” ujar Dr Rafidah Hanim.
“Sekarang ahli-ahli sukan yang enggan meraikan bulan Pride (bulan perayaan eligibiliti (LGBT) boleh dituduh dengan pelbagai tuduhan.”
Kenyataan tersebut diutarakan oleh beliau dengan memuat naik tangkap layar ciapan seorang pengulas sukan bebas, @ClayTravis mengenai pemakluman oleh wartawan sukan ESPN, Sarah Spain yang memaklumkan bahawa Tampa Bay Rays yang tidak mengenakan bendera Pride digelar pentaksub dan “BS religion”.
@ClayTravis menciap “Pemain Tampa Bay Rays yang tidak memakai bendera Pride adalah taksub dan menggunakan agama BS. Bayangkan menghidupkan sukan dan mendapatkan kegilaan sayap kiri yang gila ini di TV anda. Memalukan.”
Bulan Pride LGBT adalah sambutan yang akan disambut pada bulan Jun setiap tahun. Ia adalah bagi memperingati mereka dalam kalangan LGBT ini yang telah pergi kerana penyakit HIV atau AIDS.
Bukan itu sahaja, bulan ini juga adalah untuk komuniti ini meraikan seksualiti mereka.
(Artikel ini telah pertama disiarkan di laman sesawang Samudera.my bertarikh 9 Jun 2022 melalui : https://www.samudera.my/ideologi-lgbt-kini-mendesak-keterlibatan-semua-profesor-madya-rafidah-hanim/)
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden
International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)