Penting Dasar Pendidikan Negara Corak Moral, Syakhsiyah

Education Islamic Family Law LGBT Prof Madya Dr Rafidah Hanim Statements Viewpoints

“Dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang paling penting dalam mencorakkan moral atau syakhsiyah rakyat Malaysia di peringkat persekolahan mereka,” ujar Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Beliau berpandangan, para guru dan pentadbir sekolah perlu didedahkan kepada ilmu memahami wacana tentang LGBT ini bukan sahaja dari sudut agama, bahkan dari sudut psikologi, kaunseling dan implikasi perubatan akibat dari gaya hidup berteraskan seks songsang dan identiti gender ketiga ini.

Mengulas lanjut, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, kita dapat saksikan bagaimana perkembangan di Barat memperlihatkan sekolah-sekolah mereka mula mengubah polisi mesra LGBT yang membenarkan perkongsian tandas, locker antara pelajar dengan remaja transgender.

“Ini menyebabkan kebimbangan ibu bapa yang mengadu anak mereka terdedah kepada pelajar lelaki yang mengambil kesempatan mengaku transgender perempuan (transwomen),” ujarnya.

Jelas beliau lagi, lebih melarat, sistem persekolahan di Barat mula menyediakan khidmat kaunseling ke arah terapi penerimaan atau “affirmative therapy” yang mengiyakan kecelaruan para pelajar akan identiti mereka dan orientasi seksual. Dalam kes kecelaruan identiti, para pelajar ini sehingga didorong mengambil ubat penghenti baligh (puberty blocker).

Justeru, kita sangat perlu kepada pendidikan agama yang tegas tetapi dalam masa yang sama lebih terbuka dalam membincangkan masalah LGBT secara kontemporari.

Menurutnya, hal ini kerana ada di antara masalah LGBT ini berpunca dari buli dan masalah kekeluargaan pelajar di rumah.

“Beberapa mitos seperti LGBT adalah genetik dan teori born-that-way” juga perlu diperluas kepada warga pendidik agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebaiknya kepada para pelajar,” katanya.

Justeru, “Pihak kementerian perlu memastikan warga pendidik bebas dari elemen perlakuan yang boleh disifatkan sebagai mempromosi gaya hidup dan nilai LGBT,” ujar Profesor Dr Rafidah mengakhiri kenyataan.

(Artikel ini telah pertama disiarkan di laman sesawang Samudera.my bertarikh 27 Jun 2022 melalui : https://www.samudera.my/penting-dasar-pendidikan-negara-corak-moral-syakhsiyah-rakyat-malaysia-di-peringkat-sekolah-profesor-madya-dr-rafidah-hanim-mokhtar/)

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden
International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *