Selamatkah Sekolah Kita?

Education Viewpoints Youth

Soalan ini sebenarnya bukan dituju pada satu-satu pihak. Bagi saya, memastikan sekolah selamat ialah kerja semua pihak.

Bak kata orang kampung saya, “It takes a village to raise a child”.

Sistem pendidikan (policy makers), warga pendidik (pelaksana), pelajar (consumers), ibubapa (pemegang taruh), staf sokongan dan masyarakat secara umum, semua ada peranan.

Sistem (rules dan regulation) dan kemanusian (akal budi pelaksana) harus seiring dan seimbang.

Perang jadi-jadian antara guru vs netizen, pelajar vs sistem dan sebagainya jangan sampai jadi tikus membaiki labu. Seronok saling membahan, akhirnya tiada perubahan. Yang menderita, anak-anak.

Perubahan zaman menuntut kita :

  1. semak semula sistem sedia ada dan perbaiki,
  2. libatsama semua pihak dalam menentukan dasar,
  3. ambil berat perkembangan holistik anak-anak, termasuk kesihatan mental mereka,
  4. sikap terbuka semua pihak untuk memperbaiki keadaan.
  5. yang penting, semua pihak kekal tenang dan jangan beremosi dan reaktif dalam mengendalikan isu-isu tertentu,
  6. jangan generalise satu-satu kes kepada pihak lain. Bersifat objektif dalam menilai; dan
  7. perkasa sistem perguruan – bantu guru-guru kita, termasuk guru kaunseling, untuk mendepani cabaran mendidik generasi yang mencabar ini. Beri pelatihan, bimbing dan galakan dengan insentif berpadanan.

Jadilah sebahagian dari solusi. Kita semua ada peranan.

Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri dan Naib Presiden I-Medik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *